Close

WhatsApp bakal membolehkan pengguna menghantar imej pada resolusi tinggi


WhatsApp merupakan aplikasi permesejan paling popular di seluruh dunia, walaupun menjadi aplikasi permesejan paling popular di seluruh dunia namun ia masih mempunyai  beberapa fungsi yang terhad tidak seperti persaingnya iaitu Telegram atau aplikasi permesejan lain.

Salah satu ciri yang dinanti-nantikan oleh pengguna WhatsApp selama bertahun-tahun adalah kemampuan menghantar imej yang tanpa dikompress, yang mana ciri ini telah lama ditawarkan pada pengguna Telegram.

Pada ketika ini, hanya ada satu cara untuk mengelak dari imej dikompress pada WhatsApps adalah dengan menghantar imej sebagai dokumen. 


Namun menurut dari laporan WABetainfo, melalui kemaskini beta WhatsApp yang terbaru ciri untuk membolehkan pengguna menghantar imej tanpa kompress telah pun ditambah dan ianya hadir dengan tiga pilihan kualiti imej iaitu Auto, Best Quality, dan Data Saver.

Auto: WhatsApp akan menghantar imej dengan menilai berdasarkan pada kelajuan rangkaian.

Best Quality: Menghantar imej dengan kualiti terbaik, namun tidak dapat dipastikan adakah ia akan menghantar dalam kualiti asal atau sebaliknya.

Data Saver: Imej akan dikompress untuk menjimatkan data dan ruang penyimpanan.

Buat masa ini fungsi ini masih lagi berada di fasa pembangunan, sebelum ini ciri serupa untuk kualiti video juga telah ditambah. Ada kemungkinan kedua-dua ciri ini akan hadir pada masa ynag sama dan seperti kebiasaan ciri ini akan tiba pada versi beta sebelum ia dilancarkan secara umum.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN