Close

Xiaomi kini pengeluar telefon kedua terbesar di dunia

Pembuat telefon pintar China iaitu Xiaomi Corp telah pun mengatasi Apple Inc pada suku kedua 2021 untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor dua di dunia dibelakang Samsung.

Ia merupakan pertama kali Xiaomi berjaya menduduki tempat kedua sekaligus berjaya memintas Apple. Menurut laporan Canalys, Xiaomi merupakan pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia dari segi penjualan.

Pada Suku kedua 2021, Xiaomi mencatatkan penghantaran sebanyak 17% telefon pintar diseluruh dunia meningkat sebanyak 3% dari suku sebelumnya. Secara keseluruhan penghantaran telefon pintar global bagi suku kedua meningkat sebanyak 12%.

Kedudukan keseluruhan bagi pengeluar telefon pintar dunia masih lagi dipegang oleh Samsung dengan 19% dan Apple di tempat ketiga dengan 14%, Oppo dan Vivo masing-masing dengan 10% untuk tempat keempat dan kelima.

Kejayaan Xiaomi adalah disebabkan harga jualan purata telefon Xiaomi adalah sekitar 40% hingga 75% lebih murah berbanding Samsung dan Apple. Di samping peningkatan penjualan peranti premium Xiaomi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN