5 perkara yang anda perlu tahu tentang Samsung Galaxy Z Fold3 5G baharu - FUZZ.MY

Thursday, August 12, 2021

5 perkara yang anda perlu tahu tentang Samsung Galaxy Z Fold3 5G baharu





Umum sedia maklum bahawa Samsung baru-baru ini telah melancarkan peranti inovasi mereka iaitu Galaxy Fold3 5G dan Z Flip3 5G yang membawa kelainan dari segi paparan skrin yang boleh dilipat. Ini adalah 5 perkara yang anda perlu tahun tentang kedua-dua peranti baharu ini.



1. Skrin


Terdapat 2 jenis skrin yang digunakan, skrin utama adalah Foldable Dynamic AMOLED 2X 7.6-inci yang juga menggunakan paparan 120Hz, material plastik, HDR10+, resolusi 1768 x 2208 piksel. Manakala untuk skrin luar, menggunakan Dynamic AMOLED 2X 6.2-inci yang menyokong 120Hz dan Gorilla Glass 6.


Menariknya lagi, paparan skrin utama menggunakan teknologi kamera swafoto di bawah skrin yang membolehkan ia mencapai skrin penuh tanpa takuk dan masih boleh menggunakan kamera swafoto seperti biasa.


Naiktaraf paling penting sekali, Z Fold3 kali ni meyokong ketahanan air dan habuk IPX8 dengan kedalaman mencecah 1.5 meter selama 30 minit. 



2. S-Pen


Jika Fold2 tidak menyokong S-Pen, berita baik buat peminat dan pengguna S-Pen, Samsung memberi sokongan S-Pen buat Fold3.



3. Kamera


Menggunakan tri-kamera utama 12MP lebar, 12MP ultra sudut lebar, 12MP telefoto, menyokong rakaman video 4K 60fps, penstabilan OIS dan EIS. Manakala swafoto skrin utama adalah 16MP dan swafoto skrin luar adalah 10MP, kedua-duanya mampu merakam video 4K 30fps.



4. Pengecasan


Z Fold3 hadir dengan bateri sebesar 4400mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W, pengecasan tanpa wayar 11W dan pengecasan tanpa wayar berbalik 11W. 



5. Rekaan


Rekaan Z Fold3 amat sinonim dengan rekaan Z Fold2, cuma ia menawarkan ketahanan engsel lebih baik, pengesahan IPX8, pilihan warna baharu dan kedudukan kamera yang lebih unik, malah swafoto yang mampu disorokkan di bawah skrin untuk mencapai skrin penuh.