Close

5 perkara yang perlu anda tahu tentang Samsung Galaxy Z Flip3 5G baharu

Pada Acara Galaxy Unpacked, Samsung membawakan barisan baru peranti inovasi mereka iaitu Galaxy Z Fold3 dan juga Galaxy Z Flip3. Pada edisi kali ini, Samsung membawakan teknologi yang lebih baik dan juga reka bentuk yang lebih egronamik.

1. Skrin


Terdapat dua jenis skrin yang digunakan pada Z Flip 3 iaitu skrin utama dan skrin luaran. Untuk skrin dalaman ia menampilkan skrin bersaiz 6.7 inci FHD + Dynamic AMOLED 2X resolusi 2640 x 1080 dengan paparan 120Hz adaptif. 

Untuk skrin luaran ia menampilkan skrin bersaiz 1.9 inci Super AMOLED dengan resolusi 250 x 512, skrin yang lebih besar digunakan untuk menjadikan skrin luaran lebih berguna dari model sebelumnya.

Selain itu, Z Flip 3 turut menggunakan lapisan yang lebih baik pada skrin utama, dengan lapisan PET (Polyethylene terephthalate) memberikan regangan yang lebih baik dan mempunyai ketahanan sehingga 80% berbanding pada model sebelumnya.

2. Binaan

Bahan binaan yang digunakan pada kerangka Z Flip 3 adalah aluminium terkuat yang pernah digunakan oleh Samsung pada mana-mana model Galaxy.  Dengan kerangka Armor Aluminium ia menjadikan Z Flip 3 lebih “durable” dari model terdahulu. 

Pada panel belakang, ia menggunakan pelindung Gorilla Glass Victus untuk melindunginya dari calar dan jatuh secara tidak sengaja. Gorilla Glass Victus adalah 60% lebih kuat berbanding Gorilla Glass 6 yang digunakan pada kebanyakkan model.


3. Kamera

Pada Z Flip 3 hanya dua kamera belakang ditawarkan, kamera utama adalah sensor sebesar 12MP f / 1.8, turut dilengkapi dengan Dual Pixel After Focus serta OIS. Melengkapi kamera belakang adalah kamera ultrawide 12MP f / 2.2, dengan FoV 123 °, sementara kamera swafoto adalah 10MP f/2.4.

Oleh kerana Z Flip 3 mempunyai reka bentuk yang unik, anda boleh mengambil gambar selfie atau membuat panggilan video dengan menggunakan Flex Mode iaitu dengan posisi separuh lipat.

4. Engsel

Pada peranti boleh lipat, engsel adalah komponen yang kritikal daripada mana bahagian lain. Pada Z Flip 3, Samsung telah berjaya menjadikan engsel lebih nipis dan lebih licin dari sebelumnya. Selain itu. terdapat bristle pada engsel kini lebih pendek yang mana bristle digunakan untuk menghilang dari habuk masuk pada bahagian yang akan mengganggu ketahanannya.

Menurut Samsung, Galaxy Z Flip 3 dapat menahan sehingaa 200,000 kali lipatan yang mana perkara ini turut disahkan oleh Bureau Veritas yang merupakan orang bertanggungjawab dalam pengujian, pemeriksaan, dan pensijilan.

5. Pengecasan

Z Flip 3 membawakan bateri sebesar 3300mAh yang menggunakan teknologi dua sel bateri yang menyokong pengecasan 15W berwayar dan 10W tanpa wayar. Ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar berbalik 4.5W.

ARTIKEL BERKAITAN