Close

Apple dilaporkan sedang menguji iPhone dengan Touch ID di bawah skrin

Walaupun siri iPhone pada masa sekarang tidak lagi hadir dengan fungsi Touch ID, namun Apple tidak pernah membuang Touch ID pada peranti lain seperti pada iPad dan juga pada iPhone SE (2020).

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan yang Apple akan membawakan kembali Touch ID pada siri iPhone akan datang. Kali terakhir Touch ID ada pada iPhone adalah pada siri iPhone 8, dan selepas itu Apple memperkenalakan Face ID pada 2017 yang digunakan pada iPhone X dan seterusnya.

Menurut Mark Gurman, Apple dikatakan sedang menguji Touch ID dibawah skrin yang akan digunakan pada siri iPhone akan datang. Namun begitu, ia tidak akan akan ditawarkan kepada semua model. Walaupun Apple sedang menguji Touch ID dibawah skrin, tetapi Apple dikatakan lebih menfokuskan kepada teknologi Face ID dibawah skrin bagi memberikan pengalaman skrin penuh tanpa takuk.

Face ID dibawah skrin mungkin tidak akan hadir pada siri iPhone 13, sebaliknya ia dijangka akan mula digunakan pada siri iPhone 14. Ia mungkin akan digunakan pada model premium sementara pada model yang lebih murah ia akan menggunakan Face ID jenis takuk seperti pada model sekarang.

Pada ketika ini, beberapa pengeluar telah pun hadir dengan sensor dan kamera swafoto yang disembunyikan dibawah skrin seperti pada Samsung Galaxy Z Fold 3, Xiaomi Mi Mix 4 dan ZTE Axon 30. Namun teknologi ini dilihat masih lagi belum cukup matang dan memerlukan sedikit lagi masa untuk ia menjadi sempurna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN