Close

Asus ROG Phone 5S mungkin akan dilancarkan pada 16 Ogos ini

Seperti yang kita tahu, di pasaran ketika ini telah pun ada peranti yang dijana dengan Snapdragon 888+. Peranti dari Xiaomi iaitu Mi Mix 4 adalah yang pertama hadir dengan Snapdragon tersebut.

Melalui dari maklumat yang diperolehi, Asus dijangka akan mengumumkan ROG Phone 5S pada 16 Ogos ini. Walaupun begitu, ROG Phone 5S tidak akan menawarkan peningkatan yang ketara berbanding ROG Phone 5 yang dilancarkan pada bulan April yang lalu.

ROG Phone 5S akan membawakan dua peningkatan, iaitu pada cip yang menggunakan Snapdragon 888+ bagi menggantikan Snapdragon 888 dan dari segi jumlah RAM. Pada ROG Phone 5S ia hadir dengan konfigurasi 16GB atau 18GB dan storan 256GB atau 512GB.

Untuk spesifikasi yang lain ia masih menggunakan spesifikasi yang sama pada ROG Phone 5, skrin AMOLED 144Hz, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 65W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN