Close

Cip Google Tensor pada Pixel 6 mungkin adalah cip Exynos yang belum dilancarkan


Google secara rasminya telah mengumumkan generasi Google Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Dikuasakan dengan cip yang direka khas oleh Google sendiri yang telah dibangunkan sejak empat tahun lalu.

Sejak dari pengumuman tersebut, banyak spekulasi mengenai cip Google Tensor telah tersebar. Sebelum ini Google telah menyatakan yang mereka akan menggunakan cip mereka sendiri pada Google Pixel yang seterusnya dengan kerjasama Samsung.

Terdapat laporan mengatakan yang cip Google Tensor mungkin merupakan penjenamaan semula cip Exynos yang belum dilancarkan dan telah dibangunkan oleh Samsung sejak setahun lalu. Exynos 9855 atau kod lainnya Whitechapel merupakan kod nama yang sama yang digunakan oleh Google secara dalaman untuk Tensor.

Selain itu, cip ini turut dibangunkan pada masa yang sama dengan Exynos 9925 yang akan dipasarkan sebagai Exynos 2200 pada tahun hadapan yang akan digunakan pada barisan Galaxy S22. Yang akan dikuasakn dengan GPU RDNA2 dengan kerjasama AMD.

Tensor / Whitechapel / Exynos 9855 merupakan kod dalaman yang dilihat menghampiri dengan Exynos 9840, yang dikomersialkan sebagai Exynos 2100. Oleh itu, Tensor mungkin boleh dinilai dalam prestasi antara Exynos 2100 atau Exynos 2200 yang akan datang.

Sekiranya laporan ini adalah tepat, Samsung nampaknya mempunyai sumbangan yang sangat penting pada Google dalam membangunkan projek Tensor. Dan ia juga bukan dilihat sebagai pilihan, kerana Samsung dan Google telah bekerjasama dalam pembangunan sejak dari awal.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN