Close

Siri iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada 14 September ini

Sumber : FrontPageTech

Apple kebiasaanya akan melancarkan siri iPhone baharu pada bulan September setiap tahun. Namun, pada tahun lalu acara pelancaran siri iPhone baharu ditunda berikutan Pandemik COVID-19 melanda yang menyebabkan pengeluaran siri iPhone 12 dilakukan pada bulan Oktober.


Menurut laman web e-commerce China IT Home yang berkongsi maklumat yang sama mengenai hari pelancaran yang dijangka pada minggu kedua September. Kali ini nampaknya, Apple telah bersedia lebih awal untuk melancarkan siri iPhone 13 mengikut jadualnya sebelum ini berdasarkan dari beberapa laporan.

FrontPageTech turut melaporkan perkara yang sama, di mana Apple akan melancarkan siri iPhone 13 pada 14 September dan pra tempahan akan bermula pada 17 September. Sementara hari jualan pula akan berlangsung pada 24 September.

Apple akan membawakan 4 varian iPhone 13, iaitu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Pada siri iPhone 13, teknologi baru seperti paparan 120Hz, kamera sistem baru dan juga kapasiti bateri yang lebih besar akan dimuatkan.

Peminat Apple semestinya tidak sabar untuk melihat apakah inovasi yang akan dibawakan oleh Apple pada siri iPhone 13. Adakah anda teruja dengan siri iPhone 13?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN