Close

G-SHOCK G-SQUAD rasmi di pasaran Malaysia – Dilengkapi Google WearOS dengan harga RM2999

Sebut saja jenama Casio G-SHOCK, pasti ramai dikalangan peminat jam sudah kenal dengan jenama ini yang membawakan rekaan yang tahan lasak, unik dan pelbagai pilihan. Jam pintar terbaru mereka, G-SHOCK G-SQUAD (GSW-H1000) telah memasuki pasaran Malaysia.

Antara kelebihan yang ada pada jam ini adalah, ia dilengkapi dengan sistem operasi Google WearOS, mampu bertahan dalam air sedalam 200 meter dan mempunyai skrin bersaiz 1.2-inci dengan dua pilihan paparan iaitu berwarna atau monokrom.

G-SQUAD juga boleh dijadikan jam sukan dan aktiviti lasak kerana terdapat 24 pilihan senaman dan mampu mengesan 15 jenis aktiviti sukan seperti berlari, kayuh basikal, berenang dan pelbagai lagi. Terdapat juga pelbagai jenis sensor seperti GPS, degupan jantung, gyrometer, magnetik, sensor tekanan dan pelbagai lagi.

Bateri pada jam ini hanya mampu bertahan sehingga 1.5 hari sahaja. Namun, boleh mencecah sebulan mengikut cara penggunaan atau mod, dan ambil masa sekitar 3 jam untuk cas penuh dengan pengecasan magnetik. Harga jualan di Malaysia adalah RM2,999

ARTIKEL BERKAITAN