Close

Google hentikan pengeluaran model Pixel 4a 5G dan Pixel 5

 

Hari pelancaran bagi generasi baru Pixel akan diumumkan dalam beberapa minggu lagi. Berikutan itu, Google telah pun merancang untuk menghentikan pengeluaran peranti pixel sebelumnya. Ia merupakan langkah awal Google untuk memberi ruang kepada peranti baru yang akan dilancarkan.

Jurucakap Google mengesahkan perkara ini melalui Digital Trends, walaupun begitu Google Store masih akan menjual Pixel 4a 5G dan Pixel 5 sehingga kehabisan stok. Dan tiada lagi pengeluaran semula bagi kedua-dua model.

Digital Trends turut menjangkakan dalam beberapa minggu akan datang Google Store di Amerika Syarikat (AS) akan menjual habis Pixel 4a 5G dan Pixel 5 selepas pelancaracan Pixel 5a. Dengan Penawaran Pixel 5a ia pasti akan menjadi pilihan penguna dari segi harga berbanding Pixel 4a 5G.

Laporan itu juga mengatakan ia bukan sahaja akan berlaku pada pasaran AS tetapi ia juga akan berlaku kepada pasaran di luar AS yang menjual Google Pixel secara rasmi. Sementara itu model Pixel 4a akan terus dijual dan tidak dihentikan pengeluarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN