Close

Google mempertaruhkan cip buatan sendiri pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro

 


Google baru-baru ini memberikan gambaran awal mengenai generasi Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Siri Pixel 6 membawakan perubahan ketara dari segi rekaan dan juga dalaman.

Buat julung kalinya Google akan menggunakan cip mereka sendiri yang direka khas dengan nama Tensor.  Menerusi maklumat yang diberikan oleh Google,  Kemampuan cip Tensor adalah pada kemampuan AI dan juga pembelajaran mesinnya. Dan Google turut mendakwa ia akan menjadikan Pixel 6 sebagai Pixel terpantas dan paling selamat yang pernah dihasilkan.

Ia juga merupakan sebab utama Google melabur untuk membangunkan cip mereka sendiri. Sehingga Google dapat mengimplentasi fungsi AI dan pembelajan mesin dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Selain dari cip, Google turut membawakan sistem kamera baru pada siri Pixel 6. Kedua-duanya membawakan kamera lebar dan ultra lebar yang sama tetapi pada Pixel 6 Pro ia turut mempunyai kamera telefoto 4x. Selain dari kamera, Google juga turut membawakan peningkatan dari segi rakaman video yang mana Google mendakwa ia mampu memberikan hasil serupa atau lebih berkualiti daripada iPhone 12 Pro Max.


Pixel 6 akan hadir dengan skrin jenis rata 90Hz sementara Pixel 6 Pro akan hadir dengan skrin jenis lengkung 120Hz.Dari segi reka bentuk, Pixel 6 akan dilengkapi dengan bingkai logam matte sementara Pixel 6 Pro dengan bingkai logam glossy. Kedua-dua menggunakan kamera belakang jenis bar dibelakang yang seumpama pada Nexus 6P.

Siri Google Pixel 6 dijangka akan dilancarkan pada Oktober tahun ini. Dengan membawakan tiga pilihan warna bagi kedua-dua model. Harga jualan bagi siri Pixel 6 masih lagi tidak diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN