Close

Google Pixel 5a dijangka akan dilancarkan pada 26 Ogos ini dengan harga sekitar RM1,896

Sumber : OnLeaks x Voice.

Sebelum ini telah banyak maklumat tertiris mengenai peranti kelas pertengahan baharu dari Google iaitu Pixel 5a. Yang akan menggantikan peranti kelas pertengahan sedia ada.

Melalui maklumat terkini, Google dijangka akan melancarkan Pixel 5a pada 26 Ogos ini. Dengan harga jualan dianggarkan sekitar RM1,896.

Sumber : OnLeaks x Voice.

Dari maklumat sebelum ini, Pixel 5a dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 6.4 inci, Snapdragon 765G, 6GB RAM dan bateri 4650mAh. Tiada pengecasan tanpa wayar dan ia mungkin hadir dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Hitam.

Pixel 5a akan menggunakan tetapan kamera yang sama seperti model Pixel 5, mempunyai bicu audio bersama penarafan IP67. Peningkatan ketara yang dikesan pada Pixel 5a adalah dari segi kapasiti bateri dan juga saiz skrin.

Terdapat dua negara sahaja yang akan menjual Pixel 5a, iaitu Amerika Syarikat dan Jepun. Memandangkan penjualan peranti kelas pertengahan pada kedua-dua negara adalah sangat baik berbanding pada negara lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN