Close

Google Pixel 5a dilaporkan menghadapi masalah kepanasan



Google Pixel 5a yang baharu saja dilancarkan baru-baru ini dilaporkan menghadapi masalah kepanasan yang melampau. Menurut dari beberapa laporan, masalah kepanasan ini terjadi kepada Pixel 5a ketika digunakan ketika merakam video.


Pixel 5a dikatakan akan berhenti merakam secara tiba-tiba apabila panas, walaupun ia dirakam dalam jangka masa yang pendek terutama pada resolusi 4K 60FPS. Masalah yang dihadapi oleh Pixel 5a dilihat sangat pelik kerana peranti yang menggunakan cip yang sama iaitu Snapdragon 765G tidak menghadapai masalah yang sama.


Android Police turut melakukan ujian rakaman pada Pixel 5a, dalam ujian tersebut Pixel 5a hanya mampu merakam video selama 9 minit 32 saat sahaja pada resolusi 4K 60FPS sebelum kamera berhenti merakam secara automatik kerana kepanasan. Berbanding pada Pixel 5 yang mampu merakam sehingga 1 Jam dengan resolusi yang sama.


TechOdyssey turut melaporkan masalah yang sama namun pada resolusi yang berbeza. Menurut TechOdyssey masalah kepanasan yang dihadapinya terjadi pada resolusi 4K 30FPS dan juga pada 1080P 30FPS walaupun ia dirakam dalam keadaan suhu bilik dengan penghawa dingin dihidupkan.

Masalah kepanasan bukanlah perkara yang baru, namun ia perkara yang perlu diberikan perhatian. Buat masa ini pihak Google belum lagi mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai masalah ini. Dan diharapkan masalah ini berjaya di selesaikan oleh Google.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN