Close

Google Pixel Fold akan menggunakan Google Tensor dengan sistem kamera Pixel 6

Sumber : Waqar Khan Tech

Pada tahun ini kita telah menyaksikan banyak peranti boleh lipat dilancarkan. Yang terbaru adalah dari Samsung iaitu Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Kini terdapat laporan baru mendedahkan yang Google akan turut memperkenalkan peranti boleh lipat mereka iaitu Google Pixel Fold.

Berdasarkan kemaskini Android 12 Beta 4 baru-baru ini, telah menemui kod dengan nama Oriole, Raven, Passport dan Slider. Pada siri Pixel 6 kod nama yang digunakan adalah Oriole dan Raven yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Melalui beberapa laporan lain, kod nama “Pasport” adalah merupakan peranti boleh lipat dari Google yang akan datang. Dan nama yang mugkin akan digunakan adalah Google Pixel Fold. Sebagai tambahan, terdapat laporan mengatakan yang Google Pixel Fold mungkin akan dilancarkan bersama dengan siri Google Pixel 6.

Google Pixel Fold dijangka akan dijana oleh cip khas Google Tensor dan akan menggunakan sistem kamera dari Pixel 6. Dengan menggunakan sistem kamera Pixel 6, Pixel Fold akan menawarkan prestasi pengimejan yang baik. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN