Close

Harga siri iPhone 13 dijangka mencecah sehingga RM9,000

Selain dari spesifikasi siri iPhone 13 yang ingin diketahui oleh peminat Apple, harga pasaran siri iPhone 13 juga merupakan salah satu perkara yang sering dibincangkan oleh pengguna Apple.

Memetik dari satu laporan terbaru, harga permulaan siri iPhone 13 adalah bermula dari RM3,565 ($850) sementara bagi model 1TB akan dijual pada RM9,073 ($ 2,163). Siri iPhone 13 juga akan membawakan empat jenis varian seperti siri iPhone 12.

Jika dibandingkan dengan harga siri iPhone 12 semasa ia tidak banyak berubah, iaitu bermula dari RM3,565 ($ 850). Namun kerana pada kali ini Apple menawarkan konfigurasi sehingga 1TB ia dilihat sedikit mahal.

 

Setakat dari laporan yang telah tertiris, iPhone 13 akan hadir dengan takuk yang lebih kecil. Menggunakan Apple Bionic A15 5nm, tiga ukuran skrin iaitu 5,4 inci (mini), 6,1 inci (13 & Pro), dan 6,7 inci (Pro Max).

Selain itu. Apple turut menambah kapasiti bateri pada siri iPhone 13 dengan iPhone 13 Pro Max akan menggunakan bateri 4352mAh dengan 700mAh lebih banyak berbanding 3687mAh pada iPhone 12 Pro Max. Sementara pada iPhone 13 pula ialah 3095mAh dan iPhone 13 mini ialah bateri 2406mAh.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN