Honor Magic 3 bakal jadi peranti pertama yang hadir dengan memori UFS 3.1 Micron baru - FUZZ.MY

Sunday, August 1, 2021

Honor Magic 3 bakal jadi peranti pertama yang hadir dengan memori UFS 3.1 Micron baru

Sumber: Digital Chat.


Seperti yang kita tahu, Honor bukan lagi dibawah Huawei seperti sebelum ini. Selepas melancarkan siri Honor 30, Honor kini bersiap sedia untuk melancarkan sebuah lagi peranti dibawahnya iaitu Honor Magic 3.


Honor Magic 3 dijangka akan diumumkan tidak lama dengan spesifikasi yang unggul. Salah satunya adalah akan  hadir dengan Flash Storage UFS 3.1 Micron. Yang merupakan versi peningkatan memori flash yang berprestasi tinggi, dan menjadikan Honor Magic 3 peranti pertama yang akan menggunakannya.


NAND Flash Micron UFS 3.1 mempunyai 176 lapisan yang menawarkan kemampuan 75% lebih laju dari segi write speeds dan 70% lebih laju dari segi random reads berbanding model sebelumnya. Yang merangkumi kelajuan muat turun yang mencapai 1500 MB/s dan dapat memuat turun video 4K 10 minit hanya dalam 0.7 saat.


UFS 3.1 Micron menjanjikan pengalaman mudah alih yang lebih lancar dengan latency tindak balas yang dikurangkan sehingga 10% berbanding model sebelumnya. UFS 3.1 akan hadir dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB.


(Sumber)