Close

Mi Mix 4 sah akan dilancarkan pada 10 Ogos ini


Xiaomi
secara rasminya mengesahkan bahawa Mi Mix 4 akan dilancarkan pada 10 Ogos di China. Melalui dari maklumat yang dimuat naik di laman Weibo memperlihatkan poster dengan tarikh dan masa pelancaran.

Malangnya, poster yang dikongsi tidak memperlihatkan seberang maklumat spesifikasi mengenai Mi Mix 4. Namun menurut dari maklumat TEENA, mendedahkan nombor model 2106118C yang dilengkapi RAM 8 atau 12GB dengan storan dalaman 256GB.


Sumber : @HoiINDI

Sebelum ini, Xiaomi mengesahkan yang Mi Mix 4 akan hadir dengan MIUI 12.5. Dikuasakan dengan Snapdragon 888 dan mungkin bersama pengecasan pantas 120W. 

Selain itu, Mi Mix 4 juga dijangka hadir dengan kamera hadapan dibawah skrin dan akan mempunyai skrin kedua disebelah kamera belakang.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Mi Mix 4 dilancarkan. Mi Mix 4 akan menjadi peranti pertama yang dilancarkan oleh Xiaomi dengan kamera hadapan yang disembunyikan dibawah skrin. Acara pelancaran akan berlangsung pada 7.30 Malam.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN