Close

Modem 5G Samsung akan digunakan pada Google Pixel 6

 


Google
nampaknya bukan sahaja menggunakan cip pemproses dari Samsung tetapi akan turut menggunakan modem 5G dari Samsung. Walaupun sebelum ini kebanyakkan peranti di Amerika Syarikat menggunakan modem dari Qualcomm bahkan Samsung turut melakukannya.

Perkara ini dibuktikan dengan penemuan barisan kod pada Android 12 Beta yang menunjukkan ia adalah modem Samsung Exynos 5123. Kod yang dirujuk adalah “g5123b” yang mana modem ini turut digunakan pada Galaxy S20 dan Galaxy Note 20. Modem ini turut menyokong sub-6GHz dan mmWave5G.

Laporan dari Reuters juga menyatakan perkara yang sama, Samsung turut memberitahu bahawa teknologi modem barunya mampu melakukan rangkaian mmWave, dan Google turut memberikan jawapan yang sama mengenai 5G yang akan digunakan pada siri Google Pixel 6.

Namun, kedua-dua syarikat tidak memberikan sebarang maklum balas langsung mengenai sama ada mereka bekerjasama dalam generasi Google Pixel baru, Ini juga adalah kali pertama Samsung menjual modem 5Gnya kepada syarikat luar. 

Pada siri Google Pixel 6, buat pertama kali dalam sejarah Google akan menampilkan cip pertama mereka sendiri yang diberi nama cip Tensor. Ia sesuatu yang menarik untuk dilihat bagaimana Google menggunakan ramuan perkakasan dan perisian yang sepenuhnya dari mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN