Close

Nubia Red Magic 6R kini rasmi di Malaysia – Snapdragon 888 dan paparan 144Hz dengan harga mencecah RM2,699

Nubia Red Magic 6R telah pun dilancarkan sekitar dua bulan yang lalu di China. Dan hari ini, Nubia mengumumkan yang Red Magi 6R akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Nubia Red Magic 6R dikuasakan dengan Snapdragon 888, digabungkan dengan RAM 8GB atau 12GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Skrin bersaiz 6.67 AMOLED paparan 144Hz bersama kamera swafoto jenis punch-hole 16MP.

Dari segi fotografi, Red Magic 6R membawakan tetapan kuad-kamera dengan sensor utamanya adalah 64MP, sudut 8MP lebar, makro 5MP dan kamera kedalaman 2MP. Redmagic 6R turut hadir dengan butang trigger jenis sensor sentuh yang menawarkan kadar pensamplen sentuh hingga 400Hz.
Red Magic 6R hadir dengan kapasiti bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 55W. Selain itu, ia turut mempunyai sokongan sistem penyejuk terbina khusus untuk pengoptimasian ketika bermain. Menjalankan sistem operasi berasaskan Android 11 dengan antaramuka Red Magic OS 4.0.
Untuk pasaran Malaysia, Nubia Red Magic 6R dijual pada RM2,199 bagi spesifikasi asas 8GB+128GB sementara spesifikasi tertinggi yang hadir pada Red Magic 6R adalah 12GB+256GB dijual pada RM2,399. 

ARTIKEL BERKAITAN