Close

OnePlus memperlihatkan OnePlus 9 Pro dalam warna Putih yang tidak boleh dibeli


Siri OnePlus 9 telah pun dilancarkan secara rasmi pada Mac yang lalu. Penjualan pertama siri OnePlus di China telah mencatatkan nilai sekitar 19 Juta dalam 10 saat melalui pelbagai platform atas talian.

Melalui dari maklumat yang diperolehi, OnePlus telah memperlihatkan warna baru pada model OnePlus 9 Pro. Buat masa ini OnePlus 9 Pro telah hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Morning Mist, Pine Green dan Stellar Black.

Gambar pertama OnePlus 9 Pro dalam warna putih secara rasmi telah diperlihatkan pada laman web Weibo. OnePlus turut menjelaskan bahawa warna baru itu menggunakan teknologi AG dua lapisan yang tidak akan meninggalkan kesan cap jari dan lebih putih dari putih biasa.

Namun menurut jurucakap OnePlus, OnePlus 9 Pro dalam warna putih itu adalah sebuah protaip sahaja. Tidak ada perancangn untuk menghasilkan peranti tersebut secara besar-besaran. Mungkin OnePlus pernah merancang untuk mengeluarkan OnePlus 9 Pro warna putih namun ia mungkin dibatalkan.

OnePlus 9 Pro hadir dengan Snapdragon 888 dipadankan dengan RAM 8GB atau 12GB dengan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan kamera utama adalah 48MP, telefoto 8MP, ultrawide 50MP, dan sensor monokrom 2MP. OnePlus turut menampilkan kerjasama dengan Hasselblad pada siri OnePlus 9.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN