Close

Pengguna WhatsApp kini boleh menghantar imej pada resolusi tinggi

 

Salah satu ciri yang dinantikan oleh penguna WhtasApp iaitu menghantar imej pada resolusi tinggi akhirnya tiba di aplikasi permesejan paling popular itu. Seperti yang kita tahu setiap imej yang dihantar melalui WhatsApp akan melalui proses compress sebelum ia dihantar.

Pada bulan lalu, fungsi ini telah pun berada di fasa pembangunan dan kini ia sudah tersedia buat semua pengguna WhatsApp. Walaubagaimanapun fungsi ini perlu di aktif jika anda ingin menggunakan fungsi tersebut atau ia akan di tetapkan sebagai default (auto).

Untuk menggunakannya, buka aplikasi WhatsApp pergi ke Setting pilih Storage and Data dan pergi ke Media Upload Quality. Terdapat tiga pilihan pada Media Upload  Quality iaitu Auto, Best Quality dan juga Data Saver.

Jika fungsi ini masih lagi belum tersedia pada peranti anda, ia mungkin akan ditawarkan dalam masa terdekat dan berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN