Close

Qualcomm Snapdragon 898 membawakan peningkatan pretasi sehingga 20% bersama dengan masalah kepanasan

Ia bukanlah satu lagi rahsia dimana Qualcomm bakal membawakan cip utama Snapdragon generasi baru yang dijangka akan mula diperkenalkan sekitar Disember sebagai Snapdragon 895 atau 898.

Sumber laporan Digital Chat Station, mengesahkan bahawa cip baru Snapdragon akan dihasilkan dengan teknologi binaan 4nm yang turut melibatkan Samsung sebagai pengeluarnya. Menggunakan nombor model SM8450 yang juga disebut sebagai Snapdragon 895 atau Snapdragon 898. Sementara nombor model yang digunakan sekarang adalah SM8350 atau Snapdragon 888.

Dari segi pretasi, Snapdragon generasi baru dijangka akan membawakan peningkatan prestasi sehingga 20% yang mana ia telah pun diuji. Walaupun begitu, cip generasi baru ini turut menghadapi masalah kepanasan seperti mana pada Snapdragon 888.

Maklumat lain turut menyatakan yang Snapdragon 898 akan menggunakan seni bina tiga cluster iaitu satu teras Cortex-X2, tiga teras Cortex-A710 dan 4 teras Cortex-A510, yang direka melalui sistem reka bentuk baru iaitu ARM v9 pure 64-bit sistem.

Kita bakal melihat peranti dengan Snapdragon 898 tidak lama lagi, dan seperti kebiasaan Xiaomi dijangka akan menjadi yang terawal akan menawarkan peranti dengan Snapdragon 898.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN