Close

realme MagDart diperlihatkan buat pertama kali menerusi video berdurasi 3 minit 29 saat

Sumber : XDA Developers

realme telah pun mengumumkan realme Flash yang akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar magnetik yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Berikutan itu, XDA Developers telah berkongsi video ringkas mengenai realme MagDart. Dalam video yang berdurasi 3 minit 29 saat itu, sebuah peranti realme telah di cas menggunakan realme MagDart dari kapasiti bateri 18% kepada 25%  yang hanya memerlukan tiga minit sahaja.

Terdapat juga maklumat lain yang dikongsi mengenai realme MagDart. Yang memperlihatkan maklumat yang terperinci mengenai kelajuan pengecasan dan kapasiti bateri.  Bateri voltage dinilaikan pada 4.4A sementara Voltan sekitar 4V. Memandangkan ia menggunakan teknologi bateri dua sel realme MagDart memberikan pengecasan pantas serentak sehingga 35W.

Buat masa ini, tiada lagi maklumat lengkap mengenai realme Flash atau realme MagDart. Ia pasti sesuatu yang menarik untuk menyaksikan teknologi ini hadir pada peranti Android.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN