Close

Redmi 10 tertiris – Menggunakan MediaTek G88, Paparan 90Hz dan Kamera 50MP

 


Xiaomi Redmi 10 dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat berikutan model tersebut telah pun melepasi pengesahan Sirim Malaysia. Seiring dengan ketirisan yang dilakukan oleh Courts Singapura yang memaparkan senarai peranti di laman web mereka.

Melalui maklumat yang diperolehi, Redmi 10 akan dijana Helio G88 dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Skrin LCD bersaiz 6.5 inci FHD+ paparan 90Hz dan membawakan rekaan seperti Mi 10 Ultra.

Redmi 10 menggunakan tetapan kuad kamera belakang dengan kamera utama adalah 50MP, 8MP ultra wide, 2MP makro dan 2MP potret sementara kamera hadapan ia hadir dengan 8MP. Selain itu, Redmi 10 tampil dengan bateri berkapasiti 5000mAh, pengecasan USB C 18W dan bicu audio 3.5mm.

Pada laman web Courts, Redmi 10 di senaraikan dengan harga SGD249 iaitu sekitar RM736 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Kelabu, Putih dan Biru. Buat masa ini, tiada lagi tarikh pelancaran di umumkan oleh pihak Xiaomi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN