Close

Siri Google Pixel 6 akan dijual tanpa palam pengecas di dalam kotak

 Google hari ini menambah barisan baru untuk Google Pixel dengan mengumumkan Pixe 5a 5G. Secara asasnya Pixel 5a 5G menawarkan spesifikasi dan reka bentuk yang sama seperti pada Pixel 4a 5G namun dengan kapasiti bateri yang dipertingkatkan. Turut dibekalkan dengan pengecasan di dalam kotak.

Melalui laporan yang terkini, The Verge mengesahkan yang Google akan mengikuti jejak langkah Apple dan Samsung dengan tidak menyediakan pengecasan di dalam kotak. Pixel 5a akan menjadi peranti terakhir dari Google yang akan mempunyai pengecasan di dalam kotak.

Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan menjadi peranti pertama dari Google yang tidak akan disertakan dengan pengecasan di dalam kotak. Siri Pixel 6 dijangka akan dilancarkan pada musim luruh yang akan membawakan perkakasan dan perisian yang premium. 

Tidak seperti Pixel 5a, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan tersedia di kebanyakkan negara di mana Samsung dan Apple sudah menjual peranti mereka tanpa pengecas di dalam kotak. Sebab utama Google tidak lagi menyertakan pengecas di dalam kotak adalah kerana kebanyakkan pengguna sudah mempunyai pengecas serta untuk mengurangkan kos penghantaran dengan berat dan ukuran yang lebih kecil dan ringan.

Apple adalah pengeluar pertama yang tidak menyertakan pengecas di dalam kotak pada siri iPhone 12 dan diikuti oleh Samsung pada siri Galaxy S21.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN