Close

Siri Google Pixel 6 akan hadir dengan pengecasan pantas 33W

 

Google telah pun mengumumkan mengenai generasi Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Namun tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Google mengenai siri Pixel 6 dari segi spesifikasinya.

Menurut 91Mobiles, Google akhirnya akan menawarkan pengecasan yang lebih pantas pada siri Pixel 6. Yang mana siri Pixel 6 akan menyokong pengecasan pantas 33W iaitu 83% lebih pantas berbanding pada model sebelumnya iaitu 18W.

Pengecasan pantas 33W yang akan digunakan pada siri Pixel 6 dilihat sangat sesuai dengan kapasiti bateri yang akan dimuatkan pada siri Pixel 6 iaitu 4614mAh bagi Pixel 6 dan 5000mAh pula pada Pixel 6 Pro.

Laporan itu juga menyatakan yang pengecas 33W kini sedang diuji di HQ Google. Sebelum ini Google telah mengesahkan yang Pixel 5a akan menjadi peranti terakhir yang akan dijual dengan pengecas tersedia di dalam kotak. Dan siri Pixel 6 akan jadi peranti pertama yang akan dijual tanpa pengecas di dalam kotak. Google turut menambah yang Google Pixel 6 Pro akan menjadi peranti paling premium.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN