Close

Siri iPhone 13 akan menggunakan cip 5nm+ dengan kapasiti bateri dipertingkatkan

Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 13 dalam bebepa minggu sahaja lagi. Melalui dari laporan setakat ini, siri iPhone 13 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Siri iPhone 13 akan menggunakan teknologi binaan 5nm+ yang dihasilkan secara eksklusif oleh TSMC. Cip dengan binaan 5nm+ ini akan membawakan peningkatan prestasi yang berkuasa dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Cip ini juga akan disebut sebagai A15 bionic.

Bagi peningkatan jangka hayat bateri, Apple telah menjalankan beberapa ujian termasuklah mengoptimumkan perisian dan juga perubahan pada perkakasan. Apple turut melakukan beberapa perubahan reka bentuk dalaman dan juga akan meningkatkan kapasiti bateri.

Apple akan menampilkan empat varian bagi iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Seperti kebiasaan iPhone 13 mini akan menjadi varian terendah sementara Pro Max akan menjadi varian tertinggi. Bercakap mengenai harga jualan, siri iPhone 13 akan dijual pada harga selaras dengan siri iPhone 12.



(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN