Siri iPhone 13 dilaporkan akan mempunyai ciri membuat panggilan atau menghantar mesej walaupun tanpa rangkaian - FUZZ.MY

Tuesday, August 31, 2021

Siri iPhone 13 dilaporkan akan mempunyai ciri membuat panggilan atau menghantar mesej walaupun tanpa rangkaian

 


Untuk membuat panggilan telefon atau menghantar mesej, peranti secara asasnya memerlukan signal untuk menghubungkan dari rangkaian ke rangkaian lain. Tanpa adanya sambungan (signal) kita tidak boleh membuat panggilan keluar masuk atau menghantar mesej.


Menurut dari Ming Kuo Chi , siri iPhone 13 akan menyokong sambungan melalui satelit yang membolehkan ia membuat panggilan atau menghantar mesej tanpa memerlukan sebarang sambungan rangkaian.


Kelebihan utama menggunakan telefon dengan sokongan satelit adalah mampu membuat panggilan di kebanyakan geografi di permukaan bukan tidak terhad kepada kawasan yang diliputi oleh menara sel.


Siri iPhone 13 dijangka akan hadir dengan cip baseband dari  Qualcomm X60 yang disesuaikan dengan sambungan  Low Earth Orbit (LEO).

 

Ia sesuatu yang menarik untuk dilihat teknologi ini diletakkan pada telefon pintar. Kami menjangkakan akan lebih banyak peranti akan hadir dengan sokongan satelit seperti ini.


(Sumber)