Close

Siri iPhone seterusnya akan dijual lebih mahal kerana kenaikan kos pengeluaran cip

 

Dari beberapa sumber yang dipercayai, Apple dijangka akan  mengumumkan siri iPhone 13 dan juga  Apple Watch siri 7 yang akan diadakan secara dalam talian dalam beberapa minggu lagi.

Menurut laporan DigiTimes, Apple merancang untuk menaikkan harga siri iPhone 13 sebagai cara untuk mengimbangi kenaikan  kos pengeluaran cip dari TSMC.

Kerana peningkatan kos pengeluaran cip yang semakin tinggi, TSMC merancang untuk meningkatkan kos pembiayaan sebanyak 20% bagi kos penyelidikan dan juga pembangunan. Ia sekaligus memberi kesan kepada kesemua pelanggan TSMC.

Peningkatan harga dilihat meningkat 1%-3% bagi teknologi binaan sub-7nm. Yang mana Apple merupakan pelanggan utama TSCM dengan pesanan melebihi dari 20%.

Bagi mengurangkan kesan kenaikkan kos terhadap keuntungan mereka, Apple bertindak mengimbangi kenaikan kos dengan menaikan harga siri iPhone 13. Dengan krisis kekurangan cip yang melanda sejak tahun lalu, ia dilihat membebankan pengguna pasaran akhir.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN