Close

Snapdragon Insider memperolehi skor DxOMark – Lebih tinggi dari iPhone 12 Pro Max

Snapdragon Insider merupakan peranti dari Qualcomm yang dibangunkan dengan kerjasama Asus yang turut dikenali sebagai Asus Smartphone for Snapdragon Insider. Peranti yang dilancarkan sekitar Julai lalu telah pun diuji kemampuan kameranya oleh DxOMark.

Melalui ujian yang dibuat pada kamera Snapdragon Insider, DxOMark memberikan skor keseluruhan sebanyak 133. Skor keseluruhan itu dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu foto, zum dan juga video. Pada foto, skor yang diperolehi adalah 142 yang menfokuskan kepada ketepatan dan kelajuan autofokus, julat dinamik, noise serta autowhite balance.

Bagi skor zum pula DxOMark memberikan skor sebanyak 74 dan untuk skor video adalah sebanyak 111, pada ujian video Snapdragon Insider berjaya memberikan warna yang tepat, autofokus yang cepat dan juga penstabilan yang baik. Namun, pada keadaan cahaya rendah masalah ghosting effect akan dapat dilihat.

DxOMark turut menyatakan pada sesetengah keadaan Snapdragon Insider berjaya memberikan hasil yang lebih baik daripada Xiaomi Mi 11 Ultra mahupun iPhone 12 Pro. Walaupun begitu, pada keadaan cahaya rendah masalah perincian pada foto akan terlihat.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 133, Snapdragon Insider berjaya mengatasi skor pada iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Pro yang mana masing-masing mendapat skor 130 dan 128. Buat masa ini tempat pertama adalah Huawei P50 Pro dengan skor 144.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN