Close

TikTok menguji fungsi ‘Stories’ seperti yang ada pada aplikasi Instagram

Selepas Twitter membuang fungsi Fleet yang sama seperti Instagram Stories, kini giliran TikTok pula menambah fungsi yang serupa disebut sebagai TikTok Stories.


Melalui e-mel yang diterima oleh The Verge dari TikTok, mengesahkan yang mereka sedang membangunkan fungsi Stories mereka sendiri. Fungsi ini pertama kali diperlihatkan di Twitter yang ditemui oleh Mat Navarra dan ia sudah pun tersedia kepada sebilangan kecil pengguna di luar Amerika Syarikat.

Jurucakap TikTok mengatakan yang mereka sentiasa memikirkan cara baru untuk memberikan nilai kepada komuniti serta menambah pengalaman penggunaan. Pada ketika ini kami juga sedang bereksperimen dengan pelbagai cara untuk menambah format bagi menghidupkan idea kreatif  mereka kepada komuniti.

Dengan pengenalan TikTok Stories, ia tidak membawa maksud akan menggantikan fungsi sedia ada seperti TikTok Duet, Live, dan Stitch.Fungsi TikTok Stories hanya akan bertahan selama 24 jam dan akan hilang selepas itu. Pengguna juga boleh mengetahui siapa yang menonton dan dapat membaca komen yang ditinggalkan. 

Untuk mengakses TikTok Stories pengguna perlu meleret ke kiri dari menu utama atau menekan avatar pengguna. Buat masa ini tiada lagi sebarang tarikh mengenai bila TikTok Stories akan dilancarkan secara Global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN