Terkini, WhatsApp dijangka akan memperkenalkan ciri ini tidak lama lagi. Melalui pendedahan yang dibuat, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri ini kepada beberapa pengguna awal. Dengan ciri reaksi ini, ia memudahkan pengguna membalas mesej denga menghantar emoji tanpa perlu menekan papan kekunci.
Berdasarkan dari screenshot yang dikongsi oleh seorang pengguna, ia memperlihatkan yang ciri reaksi sedang diuji yang memerlukan WhatsApp di kemaskini ke versi lebih baru. Ciri ini juga akan ditawarkan pada pengguna Android dan juga iOS.
Walaubagaimanapun, WhatsApp tidak mendedahkan bilakah ciri ini akan diberikan secara rasmi memandangkan ciri ini masih lagi di fasa pembangunan. Mengikut kepada ciri yang telah dibawakan sebelum ini, WhatsApp cenderung untuk mengambil masa yang agak panjang sebelum ia dilancarkan secara rasmi.