Close

WhatsApp bakal membawakan fungsi mesej hilang selepas 90 hari

Sebelum ini, WhatsApp telah pun membawakan fungsi mesej hilang selepas 7 hari dan 24 Jam. Selepas tu WhatsApp membawakan fungsi mesej “view once”, yang akan hilang setelah pengguna melihatnya.

Sumber: WABETAINFO

Dan pada kemaskini akan datang WhatsApp bakal menambah satu lagi fungsi iaitu luput mesej selapas 90 hari. Yang mana fungsi boleh digunakan pada mesej personal atau group, dan mesej akan hilang secara automatik mengikut kepada tetapan yang telah dipilih.

Buat masa ini hanya terdapat dua pilihan bagi fungsi luput mesej iaitu 7 hari, 24 jam dan matikan. WhatsApp akan menambah satu lagi pilihan iaitu 90 hari. Fungsi ini telah pun hadir kepada pengguna versi beta 2.21.9.6.

WhatsApp tidak memberikan sebarang tarikh bilakah fungsi ini akan dilancarkan secara global.  Yang pasti fungsi ini mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas ia melepasi peringkat fasa pembangunan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN