Close

WhatsApp kini menyokong pemindahan data antara iOS dan Android

Selepas beberapa minggu berada di fasa pembangunan, WhatsApp akhirnya menambah satu lagi fungsi pada aplikasi mereka iaitu pemindahan data (WhatsApp Chat History) di antara Android dan iOS dengan lebih mudah. 

Fungsi yang dikenali sebagai WhatsApps Cross Platform ini akan memindahkan kesemua data (WhatsApp Chat History) pengguna yang berpindah kepada sistem operasi yang berbeza dan proses ini tidak mengunakan capaian internet.

Untuk melakukan proses ini pengguna perlu menyambungkan kedua-dua peranti secara fizikal melalui kabel USB C ke Lightning atau sebaliknya, seterusnya pengguna perlu memulakan operasi pemindahan data sehingga selesai.

Walaupun begitu, sewaktu artikel ini ditulis. Fungsi WhatsApps Cross Platform adalah eksklusif pada peranti Samsung yang menjalankan Android 10 dan ke atas. Dan seterusnya ia akan menyokong kepada semua peranti Android dan iPhone.

Buat masa ini tiada lagi sebarang tarikh diumumkan mengenai bila fungsi ini akan tiba, namun fungsi ini akan hadir pada peranti Android terlebih dahulu dan peranti iOS akan menyusul. Sejak WhatsApp di dilancarkan sedekad yang lalu, WhatsApp telah menjadi aplikasi permesejan yang paling popular di dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN