WhatsApp perkenalkan fungsi "View Once" – Boleh lihat sekali sahaja - FUZZ.MY

Thursday, August 5, 2021

WhatsApp perkenalkan fungsi "View Once" – Boleh lihat sekali sahaja



WhatsApp aplikasi permesejan paling popular di dunia hari ini memperkenalkan satu lagi fungsi baru yang menfokuskan kepada privasi pengguna.


Fungsi baru yang diperkenalkan oleh WhatsApp adalah "View Once", yang mana pengguna kini boleh menghantar foto atau video yang hanya boleh dilihat sekali sahaja oleh penerima.


Cara kerja fungsi ini adalah mirip aplikasi Instagram, yang mana pengguna perlu menekan butang foto atau video untuk melihat gambar atau video. Selepas ditutup, gambar atau video tidak akan dapat diakses lagi.


(Sumber)