Close

Apple dilaporkan tidak menawarkan varian 256GB untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max


Apple akan melancarkan siri iPhone 13 dalam beberapa hari sahaja lagi. Seperti siri iPhone 13, Apple akan menawarkan empat varian iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone Pro 13 dan juga iPhone 13 Pro Max.

Menurut dari maklumat terkini mengenai siri iPhone 13, Apple dikatakan tidak menawarkan varian 256GB pada iPhone 13 Pro sebaliknya hanya akan mempunyai varian 128GB dan 512GB sahaja.

Jika diikutkan kepada barisan peranti Apple sebelum ini, ia bukanlah pertama kali Apple mengambil keputusan sedemikian rupanya. Pada siri iPhone 7, Apple tidak melancarkan varian 64GB sebaliknya hanya menawarkan storan 32GB dan 128GB. Begitu juga pada model seperti iPhone X dan Xs, yang hadir tanpa 128GB.

Buat masa ini, pilihan storan 128GB dilihat sangat popular pada peranti premium. Namun terdapat sebilangan pengguna merasa 128GB sudah tidak mencukupi dan memilih 256GB. Dengan timbulnya speskulasi ini, ia sedikit sebanyak memberikan gambaran akan ada siri iPhone 13 tampil dengan storan sehingga 1TB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN