Close

Apple tidak lagi menawarkan storan 64GB pada siri iPhone 13 dan menawarkan storan 1TB untuk versi iPhone 13 Pro

Apple nampaknya bakal membuat pembaharuan dari segi konfigurasi storan. Yang mana ia akan dibahagikan kepada dua bahagian versi biasa dan versi premium.



Terkini, menurut dari penganalisis Ming-Chi Kuo mengesahkan yang iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan membawakan penawaran storan dalaman sehingga 1TB. Dengan penawaran storan sehingga 1TB itu, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak data.
Sementara bagi versi biasa iaitu iPhone 13 dan iPhone 13 mini. Apple tidak lagi menawarkan storan dalaman bermula 64GB. Sebaliknya akan menawarkan storan bermula dari 128GB, 256GB dan 512GB. Sebagai perbandingan iPhone 12 dan iPhone 12 mini hadir dengan penawaran 64GB, 128GB dan 256GB.
Bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, konfigurasi storan dalaman adalah bermula dari 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB. Yang mana pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, storan 512GB adalah storan yang tertinggi di tawarkan.
Acara “California Streaming” akan berlangsung pada 14 Septembar ini. Selain dari siri iPhone 13, Apple juga mungkin akan melancar beberapa siri produk lain seperti Apple Watch 7 dan Airpods 3. Sama-sama kita nantikan acara pelancarannya.

ARTIKEL BERKAITAN