Apple umumkan tarikh pelancaran siri iPhone 13 pada 14 September ini - FUZZ.MY

Wednesday, September 8, 2021

Apple umumkan tarikh pelancaran siri iPhone 13 pada 14 September ini


Desas-desus hari pelancaran siri iPhone 13 akhirnya terjawab, apabila Apple sendiri mengumumkan tarikh pelancaran akan diadakan pada 14 September. Yang mana ia akan dilancarkan secara dalam talian terus dari Apple Park. Dengan tajuk "California Streaming" acara ini akan bermula 10.00 AM PDT dan boleh ditonton secara langsung menerusi Apple.com. 


Untuk waktu Malaysia, anda boleh tonton pada 15 September pada jam 1.00 AM.



Walaupun Apple tidak memberikan sebarang maklumat mengenai produk yang akan dilancarkan pada acara ini, kami menjangkakan Apple akan membawakan beberapa produk lain di samping iPhone 13. Antara produk lain akan ditawarkan adalah Apple Watch Series 7, AirPod 3, dan mungkin ada kejutan lain dari Apple.


Apple juga berkemungkinan akan mengumumkan tarikh pelepasan sistem operasi baru, termasuk iOS 15, iPadOS 15, watchOS 8, dan macOS Monterey.



Secara keseluruhan tarikh pelancaran ini lebih terarah kepada pelancaran siri iPhone 13 dan juga Apple Watch. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan apa yang bakal Apple bawakan. Sebagai peringatan hari pelancaran adalah berbeza, untuk waktu Malaysia ialah pada Jam 1 Pagi 15 September.


(Sumber)