Close

Bermula November 2021, WhatsApp tidak lagi menyokong peranti dengan Android 4.04 dan ke bawah

 

Aplikasi permesejan paling popular di dunia iaitu WhatsApp mengumumkan yang syarikat tersebut akan menamatkan sokongan pada peranti yang menjalankan Android 4.04 dan ke bawah bermula pada November 2021.

Bercakap mengenai Android 4.04 atau kod nama Ice Cream Sandwich (ICS), ia telah dilancarkan pada 19 Oktober 2011 dan kini telah pun menjangkau usia 10 tahun. Dan peranti pertama yang menjalankan Android 4.04 adalah Galaxy Nexus.

Sehubungan dengan itu, WhatsApp menyarankan pengguna untuk bertukar kepada peranti yang menyokong Android 5.0 dan ke atas untuk terus kekal aktif menggunakan aplikasi mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN