Close

Ciri satelit pada iPhone 13 dilaporkan terhad pada beberapa negara sahaja

Pada minggu yang lalu, penganalisis terkenal Apple iaitu Ming-Chi Kuo mengatakan iPhone 13 akan dilengkapi dengan satelit komunikasi LEO. Kemudian, Mark Gurman dari Bloomberg pula mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci mengenai ciri dan perlaksanaannya.

Namun begitu, maklumat terkini yang diperolehi dari Power On, ciri satelit komunikasi tersebut hanya tersedia pada pasaran terpilih sahaja.  

Power On menyatakan yang ciri kecemasan hanya akan berfungsi di kawasan tanpa liputan rangkaian dan hanya pada pasaran terpilih sahaja. 

Selain itu, pengguna juga tidak di benarkan membuat panggilan kecemasan sewenang-wenangnya ketika tanpa liputan rangkaian. Sementara sambungan ke satelit memerlukan  satu minit untuk mendapatkan isyarat.

.

Satelit komunikas ini sebenarnya masih lagi diperingkat awal dan memerlukan dana yang besar untuk dibangunkan. Yang mana ciri ini dijangka akan boleh digunakan bermula pada tahun hadapan atau dalam masa yang terdekat.

 Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 13 pada 15 September ini. Pada siri iPhone 13, buat pertama kali Apple tampil dengan paparan 120Hz Promotion. Sistem kamera baru dan takuk yang lebih nipis.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN