Close

Fungsi satelit pada iPhone 13 dilaporkan terhad untuk komunikasi kecemasan sahaja

Sebelum ini terdapat laporan mengenai kemampuan siri iPhone 13 untuk membuat panggilan atau menghantar mesej walaupun tanpa sebarang rangkaian dengan menggunakan komunikasi satelit.

Namun menurut laporan terbaru dari Bloomberg, ciri komunikasi satelit pada siri iPhone 13 dikatakan mempunyai fungsi terhad. Pada peringkat awal, kebanyakkan pengguna menyangka dengan ada komunikasi satelit ia membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan internet walaupun di luar kawasan liputan rangkaian.

Tetapi maklumat tersebut telah disangkal oleh Bloomberg, yang mana ciri ini hanya digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Menurut Apple ciri ini berpotensi untuk menyelamatkan nyawa dan kekal berhubungan ketika waktu kecemasan.

Walaupun Apple telah bersedia dengan ciri tersebut, namun terdapat laporan bahawa sambungan satelit kecemasan akan mula tersedia pada tahun hadapan. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN