Close

Getaran dari motosikal berkuasa tinggi boleh menyebabkan kerosakan kamera iPhone


Apple hari ini mengeluarkan amaran baru mengenai bagaimana pendedahan kepada getaran, seperti yang dihasilkan oleh enjin motosikal berkuasa tinggi dapat mempengaruhi kamera iPhone.

Melalui garis panduan yang baru dikeluarkan oleh Apple, menjelaskan bahawa ciri seperti penstabilan imej optik (OIS) dan sensor magnetik autofokus akan terjejas jika pendedahan pada jangka masa yang panjang kepada getaran amplitud tinggi dalam julat frekuensi tertentu. Khususnya yang dihasilkan oleh enjin motosikal berkuasa tinggi yang dapat menurunkan prestasi sistem kamera iPhone. 

Apple turut mengatakan bahawa dengan pendedahan kepada getaran dengan jangka masa panjang pada julat frekuensi tertentu akan menjejaskan kualiti gambar untuk foto dan video.

Apple mengesyorkan kepada pengguna iPhone untuk tidak meletakkan peranti secara terus kepada motosikal berkuasa tinggi. Sementara bagi motosikal berkuasa rendah seperti skuter atau motosikal elektrik Apple mengesyorkan untuk menggunakan sistem pelapik serap hentakkan.

Selain itu, Apple turut menyarankan pengguna tidak meletakkan peranti pada motosikal untuk jangka masa yang lama. Apple sebelum ini tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran mengenai getaran yang berlebihan akan memberi kesan kepada pretasi kamera.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN