Close

Google Pixel 6 diperlihatkan di Instagram dengan kapsyen “Certified Pixel Lovers”

 

Seperti yang kita tahu Google akan menampilkan barisan baru siri Pixel iaitu Pixel 6. Yang mana ia merupakan peranti pertama dari Google yang dihasilkan dengan cip khusus iaitu cip Google Tensor dengan binaan 5nm dan menfokuskan kepada kecerdasan buatan.

Sebelum ini Google telah pun memperlihatkan imej awal siri Pixel 6, yang menampilkan dua varian iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Dan dari teaser baru yang di kongsi oleh Google melalui Instagram, memperlihatkan Pixel 6 disusun dalam grid 4 x 3 dengan latar belakang warna yang berbeza berasaskan Android 12 Material You. Dalam itu, Google turut meninggalkan petunjuk melalui widget yang bertarikh Selasa, 19 September.

Selain itu, Google juga berkongsi satu video baharu dengan tajuk “Google Pixel 6 – For All You Are” yang berdurasi 30 saat. Dalam Video tersebut memperlihatkan bagaimana Google Pixel 6 digunakan pada dunia sebenar. Dan Google sekali lagi memperlihatkan ciri Android 12 dengan Material You dalam video tersebut.

Google Pixel 6 dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini dengan tarikh pembelian bermula pada 28 Oktober yang bermaksud pengumuman siri Pixel 6 akan dilakukan sebelum itu. Selain dari cip, siri Pixel 6 turut menawarkan perkakasan kamera yang baru (Samsung GN1 50MP) dengan kemampuan rakaman video yang lebih baik daripada iPhone 12 Pro Max.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN