Close

Google Pixel 6 Pro bakal hadir dengan pengecasan pantas 33W

Ketika ini Google sedang menjalankan kempen pemasaran untuk Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang dijangka akan dilancarkan sekitar Oktober ini. Yang mana siri Pixel 6 akan menjadi peranti pertama dari Google yang akan menampilkan cip mereka sendiri iaitu cip Tensor.

Bercakap mengenai pengecasan, Google ketika ini masih mengekalkan pengecasan pantas 18W pada peranti terkininya iaitu Pixel 5 dan Pixel 5a, sedangkan pengeluar lain sudah pun menggunakan pengecasan pantas 65W bahkan yang terkini adalah 120W. 


Namun menurut dari penyenaraian data NCC Taiwan, mendedahkan Pixel 6 Pro akan menyokong pengecasan pantas sehingga 33W dengan bateri sebesar 5000mAh berdasarkan dari maklumat sebelum ini. Tetapi tidak dapat dipastikan adakah Pixel 6 akan turut menyokong pengecasan pantas 33W atau sebaliknya.

Walaupun siri Pixel 6 dijangka akan membawakan teknologi pengecasan 33W, namun Google mengesahkan yang siri Pixel 6 tidak akan hadir dengan pengecasan didalam kotak. Google adalah pengeluar yang seterusnya selepas Samsung dan Apple yang tidak menyertakan pengecasan didalam kotak pada peranti premium mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN