Close

Google Pixel 6 Pro muncul di Geekbench – Lebih banyak maklumat mengenai cip Tensor

Telah banyak maklumat yang tertiris mengenai Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro menjelang hari pelancarannya. Google sebelum ini turut memberikan berapa maklumat mengenai siri Google Pixel 6. Namun Google tidak mendedahkan lebih banyak mengenai cip Tensor yang akan digunakan pada siri Google Pixel 6.


Melalui dari penyenaraian Geekbench, memberikan beberapa butiran tambahan mengenai cip Tensor dari segi pretasinya. Melalui skor yang diperolehi cip Tensor dilihat tidak berapa menonjol dari segi skor single dan multi-threaded, tetapi perlu diingat ia mungkin diuji pada peranti dalam fasa pra-produksi jadi pretasi sebenar akan berbeza apabila dilancarkan.

Apa yang lebih menarik adalah konfigurasi CPU yang digunakan. Cip Tensor menggunakan tiga kluster dengan kluster pertama pada 1.80GHz, kluster kedua pada 2.80GHz dan kluster ketiga dengan 2.80GHz. Satu teras Cortex-X1, dua teras Cortex-A78 dan empat teras Cortex-A55 akan dimuatkan pada Cip Tensor.

Untuk pretasi grafik, GPU Mali-G78 akan digunakan iaitu sama seperti yang digunakan pada Exynos 2100 tahun ini. Dan tidak hairan terdapat khabar angin mengatakan Google Pixel 6 akan menggunakan modem mmWave 5G dari Samsung.

Penyenaraian Geekbench Google Pixel 6 Pro turut memperlihatkan peranti di uji menggunakan RAM 12GB, Sekaligus mengesahkan laporan Jon Prosser pada bulan lalu mengenai Google akan membawakan RAM sehingga 12GB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN