Close

iPhone 13 dan iPhone 13 Pro menggunakan 4GB dan 6GB RAM yang sama seperti siri iPhone 12

Jika anda peminat Apple, pasti anda perasan Apple tidak pernah mengiklankan jumlah kapasiti RAM yang digunakan pada iPhone mereka. Oleh yang demikian terdapatnya maklumat yang mendedahkan mengenai kapasiti RAM yang digunakan oleh Apple.

Melalui maklumat terkini dari MacRomours, mengesahkan bahawa iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max hanya dilengkapi dengan 6GB RAM. Sementara pada iPhone 13 dan iPhone 13 mini pula dilengkapi dengan 4GB RAM. Yang mana jumlah RAM yang sama digunakan pada barisan iPhone 12.

Berdasarkan dari String Xcode 13 beta, yang sama di gunakan sebelum ini. Telah berjaya membaca dengan tepat  jumlah RAM yang digunakan pada barisan iPhone 12 dan juga beberapa generasi iPhone sebelumnya.

Walaupun menggunakan kapasiti RAM yang sama, seperti kita tahu barisan iPhone 13 menggunakan cip A15 Bionic yang lebih cekap kuasa dengan binaan berdasarkan 5nm. Apple mendakwa yang cip terbaru ini menawarkan peningkatan CPU sehingga 50% lebih pantas dan 30% lebih padu pada prestasi grafik. 

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan siri iPhone 13, ia akan mula ditawarkan di Malaysia pada 8 Oktober sementara pra-tempahan akan bermula pada 1 Oktober ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN