iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan dilengkapi dengan kamera 48MP dan tidak lagi mempunyai takuk - FUZZ.MY

Wednesday, September 22, 2021

iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan dilengkapi dengan kamera 48MP dan tidak lagi mempunyai takuk

Sumber : Jon Prosser

Apple baru sahaja mengumumkan siri iPhone 13 pada minggu lalu, namun desas-desus mengenai siri iPhone 14 telah pun mula tertiris di arena web.


Penganalisis Apple Ming-Chu Kuo, mendedahkan beberapa gambaran awal mengenai generasi iPhone yang seterusnya. Menurut Kuo, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max bakal menerima perubahan reka bentuk yang besar dan akan menggunakan kamera swafoto jenis Punch-Hole bagi menggantikan takuk.


Selain itu, kedua-dua model Pro dikatakan akan menawarkan kamera lebar dengan sensor sebesar 48MP. Sebagai perkiraan, siri iPhone 14 dijangka akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2022. Kuo turut menambah yang Apple tidak akan membawakan ciri pengesan cap jari pada tahun hadapan sebaliknya ia akan ditawarkan pada tahun 2023.


Barisan iPhone 2022 akan merangkumi dengan iPhone bukan Pro dengan saiz baru iaitu 6.7 inci dan tidak lagi membawakan model mini ada tahun hadapan. iPhone SE baru dengan sokongan 5G turut dijangka akan dilancarkan pada separuh pertama 2022.


(Sumber)