Close

Kapasiti sebenar bateri siri iPhone 13 didedahkan – Dilengkapi dengan bateri sekitar 2500mAh ~ 4400mAh

 


Apple telah pun mengumumkan siri iPhone 13 pada minggu lalu. dilengkapi dengan beberapa peningkatan berbanding generasi sebelumnya. dan seperti biasa Apple tidak pernah mendedahkan maklumat mengenai kapasiti bateri yang tepat untuk setiap telefon.

Apple mendakwa siri iPhone 13 mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama berbanding pada model terdahulu, iaitu 2.5 Jam untuk iPhone 13 dan 13 mini sementara iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max pula adalah 1.5 Jam.

Melalui maklumat dari 9to5Mac,  Apple dikatakan telah menerbitkan data kapasiti bateri rasmi untuk peranti baru mereka. Yang merangkumi iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, dan iPhone 13 Pro Max.

Mengikut kepada data yang diperolehi, iPhone 13 mini membawakan bateri bersaiz 2500mAh, sementara model biasa pula adalah 3265mAh (iPhone 13). iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max masing-masing membawakan bateri bersaiz 3150mAh dan 4400mAh. 

Peningkatan paling tinggi adalah pada iPhone 13 Pro Max iaitu dengan 18.5%, seterusnya 11% untuk iPhone 13 Pro, 15% iPhone 13 dan 9% untuk iPhone 13 mini. Dengan pengenalan fungsi ProMotion 120Hz pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max, Apple nampaknya menggunakan kapasiti yang lebih besar untuk memberikan masa penggunaan yang lebih lama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN