Close

Kebanyakkan aplikasi tidak menyokong fungsi ProMotion 120Hz pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max


Siri iPhone 13 telah mula dijual secara rasmi pada 24 September dan kebanyakkan pengguna sudahpun menerima peranti mereka. Namun, untuk pasaran Malaysia pra-tempahan akan mula dibuka pada 1 Oktober ini.


Seperti kita tahu, Apple telah membawakan fungsi ProMotion 120Hz pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa buat masa ini kebanyakan aplikasi belum lagi menyokong fungsi ProMotion 120Hz secara menyeluruh.

Menurut laporan dari 9to5Mac, mengatakan bahawa kebanyakkan animasi masih lagi dibatasi pada 60Hz dan tidak memanfaatkan sepenuhnya kadar segar 120Hz yang ada pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max. Selain itu, fungsi ProMotion juga dikatakan tidak berfungsi secara konsisten.

Apple telah pun mengesahkan laporan tersebut, dan menambah bahawa aplikasi yang dibangunkan oleh mereka menyokong fungsi ProMotion secara konsisten tetapi tidak pada aplikasi pihak ketiga. Bagi aplikasi pihak ketiga, pembangun perlu mengaktifkan aplikasi mereka kepada kadar segar yang lebih tinggi.

Apple akan menyediakan dokumentasi kepada pembangun bagaimana untuk mengaktifkan kadar segar yang lebih tinggi. Dan akan memberikan kemas kini perisian untuk menyelesaikan masalah pada aplikasi yang tidak dapat menjalankan aplikasi pada kadar segar 120Hz.



(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN