Close

Keputusan penanda aras Qualcomm Snapdragon 898 diperlihatkan



Qualcomm
telah pun mengumumkan  generasi Snapdragon yang seterusnya iaitu Snapdragon 898. Pengganti kepada cip unggul ketika ini iaitu Snapdragon 888. Snapdragon 888 menawarkan pretasi yang sangat berkuasa namun terpalit dengan masalah kepanasan.

Bercakap mengenainya, Snapdragon 898 akan menggunakan teknologi binaan 4nm dari Samsung yang menawarkan peningkatan pretasi sehingga 20%. Selain itu, Snapdragon 898 turut menggunakan teknologi arkitektur tiga kluster yang baru.

Skor Geekbench pertama dari Snapdragon 898 akhirnya muncul di arena web, sekaligus mengesahkan spekulasi sebelum ini. Maklumat mengenai ujian tersebut telah dikongsi oleh Abhishek Yadav melalui Twitternya. Yang mana cip tersebut telah diuji pada peranti dari ViVo.

Pada ujian satu teras, Snapdragon 898 memperolehi markah sebanyak 720 dan pada ujian multi-teras pula ia memperolehi 1,919. Secara keseluruhan markah yang diperolehi adalah lebih rendah berbanding pada cip Snapdragon 888. 

Namun jika dilihat dari ujian multi-teras Snapdragon 898 mudah mengatasi cip yang lain. Untuk spesifikasi lain, Snapdragon 898 akan dijana oleh GPU Adreno 730 dan juga dual-part 3400 arkitek . Walaubagaimanapun, penyenaraian Geekbench tidak memberikan banyak perincian berkenaan pretasi cip yang akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN